fbpx

Wanita OKU maut rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Nuraida ditemui di atas katil sebuah bilik tidur kediamannya di Kampung Alma, Bukit Mertajam di sini petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang wanita yang juga orang kelainan kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Alma, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Mangsa, Nuraida Hashim, 43, yang mengalami masalah ketidakupayaan ditemui tidak sedarkan diri di atas katil sebuah bilik kiri-kira pukul 5 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 5.08 petang dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah 40 peratus.

“Kebakaran telah dapat dikawal pada pukul 5.31 petang. Terdapat seorang mangsa wanita OKU yang berada di atas katil dalam bilik telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba ke tempat selamat.

“Namun, hasil pemeriksaan yang dilakukan pihak hospital mendapati yang mangsa telahpun meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI