fbpx

Terima kasih KPM dengar luahan warga sekolah, ibu bapa – Kongres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan (KPM) atas pengumuman cuti khas tambahan persekolahan pada 19 April (Rabu) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dibuat hari ini.

Presidennya, Jasni Md. Kechik berkata, ini menunjukkan keprihatinan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta barisan kepimpinannya terhadap rayuan warga sekolah dan ibu bapa yang memerlukan cuti sehari lebih awal bagi membuat persediaan rapi menyambut Aidilfitri.

“Pihak Kongres ingin berterima kasih kepada Menteri Pendidikan peneraju KPM kerana telah memberi cuti khas kepada warga guru sekali gus menunjukkan keperihatinan kepada kesejahteraan warga pendidikan,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Terdahulu, Jasni menerusi laporan yang dikeluarkan Kosmo! pada 8 April, meminta KPM untuk mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena Aidilfitri bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru serta pelajar.

Ia susulan makluman yang dikeluarkan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 6 April lalu, menjangkakan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi ­penghujung Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI