fbpx

Terbeli nasi ayam basi, pembeli dakwa peniaga ‘kitar semula’ makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa ditipu peniaga bazar Ramadan dengan menawarkan jualan nasi ayam yang sudah basi.

Menurut perkongsian individu yang dikenali sebagai brgsjks di Twitter, pengalaman pahit itu berlaku ketika dia mengunjungi sebuah bazar Ramadan di Shah Alam, Selangor dan membeli dua bungkus nasi ayam berharga RM5 setiap satu.

Bagaimanapun, nasi ayam yang dibeli individu berkenaan didapati sudah basi sebaik dia membuka bungkusan makanan berkenaan.

Dakwanya, nasi ayam tersebut mungkin daripada hasil jualan makanan semalam yang tidak habis dijual.

“Untuk mengelakkan kerugian, peniaga bertindak menjual semula nasi ayam terbabit dengan harga yang lebih murah,” katanya.

Dia yang berasa tertipu oleh peniaga bazar berkenaan menceritakan pengalaman pahitnya itu di akaun Twitter miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa simpati dengan nasib yang menimpa lelaki berkenaan.

“Oh My God, kena pergi buat laporan. Melampau betul lah! Inilah jenis peniaga yang tamak. Berkat ke buat macam tu?,” komen Ida Wahab.

“Tak baik bagi orang makan makanan basi,” komen Jalal Misai.

Perkongsian itu tular di Twitter dengan 200,000 tontonan, 231 ulang ciap dan 729 tanda suka.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI