PETALING JAYA – Aktiviti menukar duit raya di bank sudah menjadi lumrah bagi orang ramai setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Atas keperluan itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Eja Izuaf menerusi perkongian di Facebook Bandar Baru Bangi Komuniti telah membuka khidmat untuk menukarkan wang-wang besar di bank untuk dijadikan sebagai duit raya.
Menurutnya, proses ini mengambil masa selama empat sehingga lima jam untuk proses penukaran duit.
“Waktu menunggu di bank empat sehingga lima jam ya untuk penukaran, upah RM5 setiap RM100 wang yang ditukar untuk cas waktu menuggu saya di bank,” katanya.
Tambahnya lagi, dia akan mendahulukan individu yang membuat bayaran penuh sehingga habis stok.
Dia yang berkongsi khidmatnya di Facebook Bandar Baru Bangi Komuniti itu mendapat sambutan dari warga kumpulan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berminat dengan khidmat yang ditawarkan olehnya dan menyuruh dia untuk ‘Private Message’ (pm) mereka. -KOSMO! ONLINE