fbpx

Roti Mamu John bikin penambah selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Tahbranni (kanan) bersama rakan kongsi, Muhammad Izzudin Asry Abdullah dan Muhammad Syazwan Azari menunjukkan roti john istimewa yang dijual di Bazar Ramadan Prangin Mall, George Town. IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Percubaan pertama seorang peniaga muruku dan kacang, Ahmad Tahbranni Khabilu untuk berniaga roti john di bazar Ramadan Prangin Mall di sini, membuahkan hasil apabila juadah itu berjaya menambat selera penggemarnya.

Setiap hari, kira-kira 800 bungkus roti john istimewa ­dengan inti ayam, daging serta inti ayam ditambah dengan keju mozarella dan keju supreme habis ‘disapu’ pelanggan.

Ahmad Tahbranni berkata, dia tidak menyangka produk roti john yang diberi nama Mamu John itu mendapat sambutan memandangkan dia baharu sahaja mencuba berniaga di bazar pada tahun ini.

“Sebelum ini saya hanya membuat food review di media sosial mengenai roti john dan selepas saya merasa makanan ini, saya mendapat idea membuat sendiri inti menggunakan bahan-bahan premium,” katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, dia akan memulakan proses memasak ramuan inti roti john berkenaan pada pukul 12 tengah hari dan mula berniaga pada pukul 3 petang.

“Selalunya roti john ini akan habis dijual sebelum pukul 7 petang dan Alhamdulillah setiap hari tidak pernah lagi roti John Mamu ini tidak habis dibeli.

“Saya jual seperti mana yang saya makan, inti memang melimpah, malah kalau pelanggan beli roti john supreme kami akan tambah sosej di atas inti,” ujarnya.

Harga jualan roti john itu adalah antara RM7 hingga RM14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI