PETALING JAYA – Orang ramai dikejutkan dengan paparan video tular menunjukkan seorang wanita sedang menikmati hati ayam mentah.
Bukan itu sahaja, dari reaksi wajah wanita berkenaan, menampakkan dia sangat berselera menikmati ‘makanannya’ itu.
Di kapsyen TikTok menggunakan nama @Abby Bea, wanita berkenaan memberitahu, menu terbabit merupakan menu kegemarannya dan turut bertanya sekiranya ada individu yang mempunyai selera yang sama seperti dirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai loya tekak dan risau akan keselamatan wanita berkenaan kerana takut terkena keracunan makanan.
“Aku nak bau ayam mentah pun tak lalu, ini lagi nak makan hati mentah,” komen Adik Bunga.
“Kembang tekak aku tengok dia makan macam tu je hati ayam mentah tu,” komen Reva.
“Tak elok makan mentah, kuman banyak,” komen Ali
Menurut salah seorang pengguna TikTok Siti kecik, individu yang makan makanan mentah seperti hati ayam mentah kemungkinan ada membela saka, ataupun daripada keturunan.
Video yang dikongsi di akaun Tiktok itu menjadi tular dan meraih sebanyak 3,022 tanda suka, 841 komen dan 2,636 perkongsian. -KOSMO! ONLINE