fbpx

PLUS FC sambar trofi penuh dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLUS meraikan kejayaan muncul juara Divisyen 1 Liga Premier Selangor menewaskan AS Gaison 2-0 di Radia Arena semalam. - PLUS FC

PETALING JAYA – PLUS FC tidak menunggu lama untuk mencipta impak hebat apabila berjaya merangkul kejuaraan Divisyen 1 Liga Premier Selangor musim ini.

Walaupun julung kali menyertai saingan liga itu tetapi ia bukan masalah buat skuad bola sepak PLUS apabila merakam kemenangan 2-1 ke atas AS Gaison FC pada aksi final yang berlangsung di Radia Arena Bukit Jelutong kelmarin.

Skuad kendalian bekas pemain KL PLUS, Mohd. Faizal Ab. Rahman itu membuka tirai jaringan pada minit ke-22 hasil sepakan percuma Asnan Awal Hisyam.

ASNAN meraikan gol pembukaan PLUS ketika menewaskan AS Gaison 2-1 pada aksi final Divisyen 1 Liga Premier Selangor di Radia Arena semalam. – PLUS FC

Bagaimanapun, AS Gaison berjaya mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-49 sebelum pemain tengah, Nazrin Syamsul Bahri memastikan kemenangan 2-1 buat PLUS pada lewat permainan.

Kemenangan itu membolehkan PLUS layak ke playoff Liga Juara-Juara Selangor yang akan berlangung pada Julai depan.

Pengurus PLUS, Mohd. Yusuf Abdul Aziz berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras pasukan dan semua pemain selama enam bulan.

NAZRIN muncul wira PLUS apabila meledak gol kemenangan 2-1 ke atas AS Gaison pada aksi final Divisen 1 Liga Premier Selangor di Radia Arena semalam. – PLUS FC

“Saya percaya PLUS FC layak dinobatkan sebagai juara atas usaha serta semangat juang tinggi oleh pemain-pemain. Kami kini bersedia untuk bersaing di Liga Juara Selangor pada Julai nanti,” katanya.

Lebih menarik, Nazrin turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik selain seorang lagi tonggak PLUS, Muhammad Aiman Zulkepli muncul Penjaga Gol Terbaik perlawanan akhir.

Piala Kejuaraan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI