fbpx

Tak sangka dapat tempahan 20,000 ketupat palas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAT AZRI (kiri) dan ibunya, Zahrah menunjukkan sebahagian ketupat palas yang ditempah pelanggannya di Kampung Jabur Kubur, Chukai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pengusaha ketupat palas melahirkan rasa syukur apabila menerima lebih 20,000 tempahan ketupat palas daripada pelanggan sepanjang bulan Ramadan ini.

Mat Azri Saleh, 35, dari Kampung Jabur Kubur, Chukai, Kemaman di sini, berkata, selain itu, dia juga perlu menyiapkan kira-kira 2,000 biji ketupat palas untuk dipasarkan di Bazar Ramadan Jalan Padang, Chukai di sini setiap hari.

“Kalau ikutkan permintaan memang ramai lagi yang nak tempah, tetapi saya terpaksa tolak kerana kekangan tenaga kerja.

“Saya lakukan sendiri kerja-kerja membuat ketupat palas bermula dari mengasingkan daun palas, mengukus pulut dan membungkusnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jabur Kubur, Chukai di sini semalam.

Mat Azri berkata, sepanjang membuat tempahan, dia banyak dibantu ibunya, Zahrah@Jarah Ishak, 75, terutama bagi kerja-kerja membungkus.

Tambahnya lagi, buat masa ini dia juga tidak berhasrat untuk mengambil pekerja kerana mahu menjaga kualiti resipi ketupat palas yang diwarisi daripada arwah moyangnya.

“Bukan apa, kalau melibatkan ‘air tangan’ orang lain, rasanya pasti tidak sama. Saya amat menjaga kualiti demi kepuasan pelanggan.

“Saya juga mengukus pulut berbanding merebusnya. Kawalan suhu sangat penting sepanjang proses itu selain penggunaan santan segar.

“Ia bagi memastikan pulut tidak mudah basi,” katanya yang menjual sebiji ketupat palas pada harga 60 sen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI