fbpx

Model, pelakon Jung Chae-yul ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG CHAE-YUL

SATU berita mengejutkan datang dari dunia hiburan K-pop apabila model dan pelakon Jung Chae-yul ditemui mati di kediamannya, hari ini.

Pelakon yang pernah membintangi drama Zombie Detective itu meninggal dunia pada usia 26 tahun, namun belum ada sebarang laporan lanjut berkenaan kematiannya daripada media Korea Selatan.

Berita tersebut cukup mengejutkan ramai peminat dan rakan pelakon drama Wedding Impossible yang turut dibintangi mendiang dan masih menjalani penggambaran ketika ini.

Apatah lagi, Chae-yul dilihat seperti dalam keadaan baik-baik sahaja beberapa hari lalu apabila berkongsi sebuah video dalam Instagramnya.

Agensi pelakon itu, Esteem Entertainment juga masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kematian Chae-yul.

Dilahirkan pada 4 September 1996, pelakon itu sebelum ini memulakan kariernya sebagai model.

Dia terjun dalam bidang lakonan sejak 2018 dengan memulakan debut dalam filem Deep. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI