fbpx

Mat rempit baring atas motosikal terbabas, langgar kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pemuda ini dikecam ramai kerana membahayakan banyak pihak. – Instagram @faktaindo

JAKARTA – Tindakan seorang lelaki di Indonesia yang berbaring di atas motosikal ketika kenderaan itu sedang bergerak laju mengundang padah apabila dia merempuh sebuah kedai di tepi jalan, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Berdasarkan video yang tular di laman Instagram, gelagat penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘gaya bebas’ itu dirakam dengan dia dilihat melakukan gaya seolah-olah sedang tidur.

Dengan posisi tidur terlentang, pemuda yang tidak memakai topi keledar  itu turut menutup matanya sambil motosikalnya terus bergerak laju.

Seperti yang dijangka, kenderaan itu mula hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum lelaki berkenaan sempat mengawal kembali pendikit motosikal.

Dia lantas merempuh sebuah kedai rokok yang berada di tepi jalan, menyebabkan bumbung kedai tersebut musnah. 

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang lain.

“Sesuai dengan ‘harapan’, penamat video itu berakhir dengan ‘bagus’ sekali,” kata seorang netizen secara sinis.

“Hidup kalau tiada masalah, jangan cari masalah,” ujar seorang pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI