fbpx

‘Makcik tudung merah’ tunjuk lagak, jadi samseng jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar 'makcik bertudung merah' yang memandu secara bahaya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita memandu sebuah kereta secara berbahaya mengundang rasa tidak puas hati orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Menerusi video ‘dashcam’ yang dikongsi Berita Seremban di akaun Twitter, wanita bertudung merah tersebut dilihat memandu secara bahaya sehingga menganggu laluan pemilik ‘dashcam’ berkenaan.

Enggan menunggu lebih lama, pemilik ‘dashcam’ tersebut dilihat memotong wanita berkenaan sambil membunyikan hon tanda marah sebagai isyarat kepada perbuatan biadab wanita berkenaan.

Bagaimanapun, wanita terbabit bertindak agresif dengan membuka tingkap dan menjerit perkataan kurang sopan kepada pemilik ‘dashcam’ berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencela perbuatan wanita berkenaan yang dilihat kurang ajar.

“Usah pailang eh. Campak Tasik City Park elok ni,” kata M Nasril Wafiy.

“Ke tepi, ke tengah, ke tepi, ke tengah, tengah makan ke?,” ujar JoeLabu.

Perkongsian tersebut memperoleh lebih 40,000 tontonan, 227 tanda suka dan 178 ulang ciap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI