fbpx

Liga Super: NSFC sekadar kutip satu mata di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Negeri Sembilan FC, Mahalli Jasuli, dikawal dua pemain Sabah FC, ketika beraksi pada Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, hari ini.- Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) sekadar kutip satu mata dalam perlawanan Liga Super menentang Sabah FC, malam ini.

Perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu menyaksikan persaingan memburu gol antara kedua-dua pasukan yang berakhir dengan keputusan 1-1.

NSFC berjaya menghasilkan gol pertama menerusi tendangan percuma Tommy Mawat Bada pada minit ke-20.

Perlawanan separuh masa pertama tamat selepas tambahan masa dua minit.

Sabah FC berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Park Tae-su pada minit ke-75.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa empat minit.

Seramai 1,738 penonton hadir menyaksikan perlawanan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI