fbpx

Lebih 18 tan lebihan makanan dikumpul di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FUZIAH (tiga dari kiri) melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Taman Cempaka, Ipoh hari ini.

IPOH – Lebih 18 tan metrik lebihan makanan dan minuman di bazar Ramadan di seluruh negara dapat diselamatkan daripada dibuang melalui kempen MySaveFood Ramadan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, lebihan makanan dan minuman yang tidak terjual itu direkodkan sejak hari pertama Ramadan hingga hari ini.

Katanya, seramai 1,163 sukarelawan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) terlibat dalam mengumpul lebihan makanan sebelum diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya dimaklumkan Pemuda GEMA daripada hari pertama Ramadan sehingga hari ini telah menyelamatkan lebih 18,376.7 kilogram, maksudnya lebih 18 tan makanan dan minuman yang diselamatkan dan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Kita tidak berikan kepada masjid atau rumah anak-anak yatim kerana selalu ada lambakan, jadi Gema berperanan mencari insan yang memerlukan.

“Berdasarkan data SWCorp, 15 peratus lebihan makanan dibazirkan di bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas sesi walkabout di Bazar Ramadan Rahmah di Taman Cempaka di sini hari ini.

Fuziah berkata, KPDN juga bekerjasama dengan pihak hotel bagi mengumpul lebihan makanan untuk diedarkan kepada pelajar.

“KPDN ada usaha untuk selamatkan makanan di hotel sepanjang Ramadan. Saya dapat maklumat, dua hotel telah menjalin kerjasama di mana kita edarkan hampir 800 pek makanan kepada pelajar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI