fbpx

Kurung moden paling dicari, tema hitam jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ibu membantu anaknya memilih baju melayu berwarna hitam di sebuah premis di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sudah dua minggu umat Islam berpuasa dan pastinya ketika ini semuanya sibuk membuat persiapan me­nyambut Hari Raya Aidilfitri terutama melibatkan pakaian dan biskut raya.

Tinjauan Kosmo! mendapati, orang ramai berpusu-pusu membanjiri pusat beli-belah dan bazar Aidilfitri bagi mendapatkan se­persalinan raya terkini dengan harga yang berpatutan.

Tema warna hitam, mint green dan lilac menjadi pilihan tahun ini dengan wanita memilih kurung moden sebagai fesyen di pagi Aidilfitri.

Salah seorang peniaga Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, yang mahu dikenali sebagai Siti Nuraini, 24, berkata, premis mereka tidak putus-putus dikunjungi orang ramai yang mahu mencari baju raya sedondon terutamanya buat seisi keluarga pada hujung minggu.

“Kalau ikutkan semua jenis fesyen laris di sini kerana citarasa setiap orang berbeza dan mengikut keperluan serta kemampuan masing-masing.

“Tetapi sepanjang dua minggu ini yang paling tinggi permintaan ialah kurung moden. Jika dari segi warna pula, paling dicari warna hitam, mint green dan lilac,” katanya.

Seorang lagi peniaga dikenali Ai Ling, 54, berkata, orang ramai yang datang ke kedainya memilih baju kurung moden kerana rekaan yang pelbagai dengan manik dan lace menarik perhatian pembeli kerana terdapat kelainan.

“Kalau ikutkan semua baju yang dijual laku, tetapi yang pa­ling tinggi permintaan adalah baju kurung moden,” ujarnya.

Bagi Zariah Saleh, 55, dia yang memulakan perniagaan menjual baju raya sejak sebulan lalu memberitahu, premisnya lebih ramai pelanggan pada waktu pagi disebabkan cuaca dan waktu memilih yang panjang.

“Alhamdulillah, setiap pagi mesti akan ada orang datang untuk beli baju sebab kami pun menawarkan harga yang berpatutan lebih-lebih lagi kalau mereka membeli borong.

“Tidak dinafikan pada awalnya, pelanggan agak kurang, tetapi makin lama makin ramai pula yang datang ke sini untuk shopping,” jelasnya.

Zariah berkata, perniagaannya tahun ini menunjukkan pe­ningkatan sebanyak 50 peratus berbanding ketika negara dilanda pandemik sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI