fbpx

KPDN siasat dakwaan pelancong dicaj RM120 gunting rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Czar dan Zoe meluahkan ketidakpuasan hati apabila dikenakan caj gunting rambut sehingga RM120 oleh tukang gunting rambut warga asing di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan siasatan berhubung dakwaan dua pelancong dicaj sehingga RM120 di sebuah premis gunting rambut di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pihaknya terkesan perkara tersebut di media sosial dan telah memulakan siasatan hari ini.

“Buat masa ini, kita akan siasat dahulu kerana premis tidak menyalahi sebarang peraturan sekiranya dia letak tanda harga dengan jelas,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Menurutnya, kenyataan lanjut akan dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.

Terdahulu, Kosmo, melaporkan satu pasangan pelancong dari Filipina dan England meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa dicaj gunting rambut melampau sehingga mencecah RM120.

Berdasarkan video dikongsikan TikTok Zoe&Czar, pasangan tersebut bertanyakan kepada pengguna media sosial sama ada mereka telah terkena ‘scam’ susulan harga dikenakan itu terlampau mahal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI