fbpx

Kerajaan lancar laman web khas lawan tuntutan Sulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina pada sidang akhbar berkenaan tuntutan sulu di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang di Putrajaya tadi.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kerajaan bakal melancarkan laman sesawang mengandungi pelbagai maklumat perkembangan terkini tuntutan pihak yang mendakwa konon waris Sultan Sulu esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, laman khas itu akan dikenali sebagai Malaysia-Sulu Case.

“Pihak kerajaan akan berkongsi status terkini dan perkembangan kes yang serba rumit ini untuk rujukan awam.

“Laman sesawang rasmi tersebut akan dipapar dalam lima bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Filipina, Perancis dan Sepanyol.

“Kerajaan berharap rakyat dan komuniti di seluruh dunia akan mendapat maklumat tepat berhubung naratif sahih isu tuntutan ini yang mungkin tidak diketahui selama ini,” katanya dalam sesi libat urus bersama media di sini tadi.

Katanya, laman berkenaan akan menceritakan lebih terperinci mengenai sejarah tuntutan tersebut dengan fakta tepat serta kenapakah tuntutan waris itu perlu ditolak sama sekali.

Antaranya termasuk prosiding yang dibiayai oleh satu dana litigasi dikenali sebagai Therium dan pihak terlibat didapati bersekongkol menuntut AS$14.9 bilion daripada Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI