fbpx

Karan Johar ‘pembunuh’ karier artis Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARAN Johar dikatakan individu yang menyebabkan Priyanka Chopra berasa dipinggirkan dalam industri Bollywood.

GARA-GARA kemunculan video lama yang menunjukkan seolah-olah Karan Johar mengutuk aktres Anuskha Sharma, pengacara dan pembikin filem popular Bollywood itu dikecam ramai.

Bukan hanya pemerhati industri hiburan, ramai selebriti lain meninggalkan komen mengutuk klip video yang dirakam pada 2016 itu.

Antaranya yang lantang adalah Priyanka Chopra yang sebelum ini pernah bergaduh dengannya dilihat mengulas mengenai video membabitkan sesi sebuah dialog di sebuah acara pada 2016.

Akui Priyanka, dia sendiri pernah berasa dipinggirkan sehingga tidak mendapat tawaran disebabkan ‘berseteru’ dengan beberapa individu berpengaruh dalam industri Bollywood.

Tambah isteri Nick Jonas itu lagi, situasi tidak sihat yang dilalui mendorongnya berhijrah ke Amerika Syarikat bagi mencari ruang di negara orang.

Pendedahan Priyanka secara tidak langsung mengesahkan individu dimaksudkan adalah Karan Johar.

Sementara itu, filem terakhir arahan Karan Johar berjudul Selfie lakonan Akshay Kumar juga gagal kerana menurut pemerhati perkara tersebut berpunca daripada sikapnya yang mengamalkan pilih kasih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI