fbpx

Jangan berbalah, percaya khabar angin tarikh raya – Mufti Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syeikh Fadzil (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian Infaq Ayam Segar kepada Fakir dan Miskin di Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena dekat Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menasihatkan umat Islam agar tidak berbalah dan mempercayai khabar angin tentang spekulasi tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal.

Katanya, itu termasuk tindakan menyebarkan khabar yang belum sahih tersebut selain menjadikan pihak tertentu sebagai sumber maklumat.

“Jangan berbalah atau sebar tentang spekulasi 1 Syawal sehingga merujuk kepada Pusat  Astronomi Antarabangsa bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat. Kita mempunyai 29 stesen cerapan untuk melihat anak bulan di seluruh Malaysia yang akan menentukan perkara ini.

“Berdasarkan perbincangan dengan semua sahabat kita yang terlibat bahawa pada malam Jumaat (tarikh lihat anak bulan) itu kemungkinan untuk dapat lihat anak bulan sangat tipis dan tidak mencukupi kriteria-kriteria yang diputuskan.

“Walau apa pun keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada malam itu setelah menerima laporan hasil cerapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Infaq Ayam Segar kepada Fakir dan Miskin di Pejabat Zakat Daerah Pokok Sena di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang pengumuman Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UEA), baru-baru ini yang menjangkakan 1 Syawal pada Jumaat, 21 April.

Mengulas lanjut kata Syeikh Fadzil, umat Islam perlu fokus beramal ibadat ketika ini terutama apabila Ramadan sudah memasuki 10 malam terakhir untuk mengejar Lailatul Qadar.

“Sepuluh malam Ramadan ini yang dinanti-nantikan berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, Carilah dan nanti kedatangan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Malah baginda mempersingkatkan tempoh itu pada malam-malam ganjil iaitu pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI