fbpx

Isu gunting rambut RM120 beri tanggapan buruk kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin

PETALING JAYA – Isu caj RM120 yang didakwa dua pelancong asing di sebuah kedai gunting rambut di Kuala Lumpur memberikan tanggapan buruk selain mencemarkan nama baik Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku yang mana keuntungan yang diambil adalah melampau.

“Saya sudah minta pegawai buat siasatan apabila mendengar isu gunting rambut dikenakan semahal RM120 kepada pelancong asing. Jika benar, kita akan pastikan mereka diambil tindakan tegas.

“Bukan sekadar mengambil keuntungan melampau tetapi untuk pelancong asing, ia mencemarkan nama baik Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Kita sepatutnya menawarkan perkhidmatan terbaik dan harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bakul Rahmah Sumbangan Grab, di Grab Driver Centre, di sini, hari ini.

Tambah Salahuddin, mana-mana pihak yang melakukan perkara tersebut akan diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Terdahulu, KPDN memaklumkan telah mula menjalankan siasatan berhubung dakwaan dua pelancong dicaj sehingga RM120 di sebuah premis gunting rambut di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perkara itu tular di media sosial selepas pasangan tersebut memuat naik video dan bertanyakan kepada pengguna media sosial rakyat Malaysia sama ada mereka telah ditipu susulan harga dikenakan itu terlampau mahal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI