fbpx

Hampir 1 juta warga kota dijangka balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggarkan kira-kira sejuta warga kota akan keluar meninggalkan ibu negara bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing bermula 20 April ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, jumlah itu adalah 50 hingga 60 peratus daripada penduduk ibu kota ketika ini.

Katanya, orang ramai digalakkan untuk mengisi Borang Maklumat Balik Kampung bagi mengelakkan kes pecah rumah berlaku ketika mereka pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kita menyasarkan seramai mungkin penduduk untuk memaklumkan menerusi borang maklumat balik kampung yang boleh didapati di balai polis berhampiran dan di muat naik melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Ia bertujuan membantu polis membuat pemantauan kediaman yang ditinggalkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Pemanduan Berhemah dan Rumah Selamat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Menurut Yahaya, berdasarkan statistik Januari 2022 hingga Mac 2023, statistik kemalangan maut mencatatkan peningkatan sebanyak lima kes, kecederaan ringan meningkat 58 kes dan cedera parah didapati menurun satu kes.

“Peningkatan jumlah kemalangan adalah sebanyak 33 peratus. Ia secara keseluruhannya adalah seiring dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Ini kerana pada 2022, negara sedang berada dalam fasa keempat Pelan Pemulihan Negara yang mana masyarakat secara umumnya lebih berhati-hati dan kurang melakukan pergerakan keluar,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI