fbpx

[VIDEO] Farid Kamil tawar RM400,000 termasuk Vellfire, barang kemas pujuk Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID KAMIL ketika hadir di mahkamah hari ini. - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Demi menyelamatkan perkahwinan dengan isteri tersayang, Diana Danielle, pelakon Farid Kamil membuat kejutan terbaharu menawarkan hadiah berjumlah hampir RM400,000 sebagai jalan perdamaian.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari menerusi sepucuk kenyataan media berkata, tawaran tersebut diharapkan mampu melembutkan hati permaisuri hatinya itu.

“Dengan setulus hati bulan Ramadan penuh berakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Daniella Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000. Barangan kemas bernilai RM10,700.

KENYATAAN bertulis Farid Kamil berhubung hadiah yang akan diberikan kepada Diana.

“Wang pendahuluan nafkah (Mac-Jun) bernilai RM40,000. Bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.

“Saya berharap dengan tawaran yang membawa kepada jumpa keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya.

Hari ini, Farid Kamil hadir bagi prosiding sulh berhubung krisis rumah tangganya dengan isteri Diana Danielle di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Bagaimanapun, peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan kepada media bahawa Diana tidak akan hadir bagi prosiding berkenaan hari ini.

Pagi ini, lebih kurang 20 pengamal media berkumpul di pekarangan mahkamah seawal pukul 8 pagi tadi untuk membuat liputan.

Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Sebelum hadiah bernilai ratusan ribu tersebut, Farid sebelum ini pernah membuat mengejutkan ramai apabila membawa sejambak mawar merah dan sebentuk cincin sebagai simbolik perdamaian dengan Diana semasa hadir untuk proses pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 28 Mac lalu.

Terdahulu pada 10 Mac, Diana, 32, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu kerana tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI