fbpx

Farid Kamil ada masalah kewangan waktu tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID Kamil ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor pagi tadi untuk proses sulh pertama berkaitan masalah rumah tangganya bersama Diana Danielle. Foto - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – “Alhamdulillah, saya dan pasukan dapat tunaikan permintaan Diana.”

Demikian ucap pelakon Farid Kamil apabila mengemukakan ‘hadiah’ pendamaian antaranya berupa bayaran balik tiket umrah yang kini telah bertukar menjadi hutang berjumlah RM44,000 kepada isterinya, Diana Danielle.

Farid ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini berkata, dia bagaimanapun prihatin akan luahan Diana dalam Instagram Story dan berusaha menunaikan permintaan isteri tersayangnya itu.

“Apabila semuanya sudah jadi terbalik (tuntutan cerai), hadiah itu sudah bertukar menjadi hutang. Saya mengambil apa yang diluahkannya dalam Instagram Story tempoh hari dan saya anggap, ini adalah apa yang dia inginkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Kendatipun, ditanya mengenai rentetan isu pakej umrah itu, Farid, 42, menjelaskan bahawa dia menyimpan impian untuk membawa isterinya menunaikan umrah, namun berdepan dengan kekangan kewangan.

“Sebenarnya, dalam tahun ini, kali pertama saya dapat keluar negara dan memilih Mekah sebagai destinasi pertama saya. Saya ingin bawa Diana untuk menunaikan umrah.

“Tetapi, kebetulan, pada ketika itu, slot yang ada untuk ke Mekah adalah pada 23 Februari.

“Keinginan saya untuk membawa Diana ke Mekah memang sangat tinggi. Namun, ada sedikit kekangan buat saya,” katanya.

Disebabkan itu, Diana kemudiannya memudahkan urusan mereka sekeluarga dan menawarkan untuk menjadikan pakej umrah itu sebagai hadiah buat Farid.

“Kekangannya adalah, saya hanya boleh selesaikan bayaran untuk umrah itu, pada penghujung bulan.

“Jadi, Diana beritahu saya bahawa, tak mengapa sebab ini kali pertama kami dapat keluar negara bersama. Jadi, dia hadiahkan saya perjalanan (pakej) umrah itu,” katanya.

Hari ini, Farid menawarkan empat tawaran kepada Diana untuk menyelamatkan keluarga dan rumah tangganya, termasuklah bayaran balik tiket umrah bernilai RM44,000.

Bahkan, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu turut menawarkan sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas RM10,700 dan wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000.

Terdahulu, Diana memuat naik hantaran Instagram Story tentang Farid yang tidak membayar semula beberapa kos ketika menunaikan umrah selepas ditanggung oleh Diana.

Diana bagaimanapun tidak hadir ke prosiding sulh yang berlangsung hari ini. Prosiding sulh kedua dijadualkan akan berlangsung pada 25 Mei 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI