fbpx

Exco Kesihatan Negeri berperanan realisasikan Kertas Putih Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha

PUTRAJAYA- Exco Kesihatan Negeri digesa untuk memainkan peranan aktif dalam memastikan pembentangan Kertas Putih Kesihatan pada masa depan dapat direalisasikan sebaiknya.

Perkara itu diminta Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustapa selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Exco Kesihatan Negeri yang pertama di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.

“Secara tuntas, mesyuarat itu turut membentangkan isu-isu penting mengenai Kertas Putih Kesihatan, Perbelanjaan dan Projek Pembangunan KKM dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

“Saya turut menggesa setiap Exco Kesihatan Negeri agar dapat memainkan peranan aktif dalam memastikan pembentangan Kertas Putih Kesihatan dapat direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Dalam perkembangan sama, katanya, penganjuran mesyuarat itu membuktikan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di setiap negeri.

“Mesyuarat terbabit dihadiri Exco Kesihatan mewakili setiap negeri merupakan satu platform bagi menyampaikan keputusan dan dasar semasa KKM untuk makluman dan tindakan seterusnya.

“Ia juga bertujuan membincangkan isu-isu semasa dan perkara-perkara berbangkit daripada Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri yang lepas.

“Selain itu, ia merupakan satu platform bagi membentangkan maklumat-maklumat khusus untuk perbincangan dan keputusan ahli mesyuarat,” ujarnya.

Menurutnya, KKM turut membentangkan maklumat berkaitan Analisa Belanjawan 2023 dan peruntukan perbelanjaan dalam mesyuarat berkenaan di mana turut membuka ruang kepada exco terlibat memberikan pandangan.

“Di bawah Belanjawan 2023, KKM merupakan kementerian yang menerima peningkatan peruntukan kedua terbesar selaras dengan hasrat kerajaan memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan awam.

“Saya ingin menegaskan peruntukan yang ditetapkan dilakukan setelah membuat penelitian terperinci terhadap keperluan dan kepentingan rakyat di setiap negeri selaras dengan konsep Malaysia Madani,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI