fbpx

Kena scam RM400 penjual durian dari rumah ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa telah terkena scam melibatkan jualan 14 kilogram (kg) durian serta bayaran RM400 dengan penjual buah yang datang dari rumah ke rumah.

Menerusi video TikTok dimuat naik pengguna @nurshafiqahnoor mendakwa, pada mulanya dia didatangi seorang lelaki yang bertanya kepadanya sama ada mahu membeli durian selain membuat penghantaran ke rumah.

“Dia kata buat penghantaran dan ada lebih dalam lapan biji durian. Sekilo durian berharga RM25, manakala Musang King pula RM35. Saya pun okaylah dan ingat nak beli dalam dua atau tiga kg saja.

“Selepas saya cakap nak (beli), barulah dia panggil kereta yang ada durian tu. Dia buka bonet kereta, banyak ‘gila’ durian dalam tu, kata tadi ada baki sikit sahaja.

“Kemudian dia buka (durian) dan buka lagi. Eh banyaknya dia buka dalam empat atau lima biji. Saya tanya sebiji durian berapa kg sebab saya tak pernah beli durian sendiri. Selama ini ayah yang beli, jadi saya tak tahu,” katanya menerusi video tersebut.

Wanita itu kemudian menganggarkan sebiji durian kira-kira 2kg atau 3kg dengan kesemua durian yang telah dibuka berkemungkinan sekitar 10kg dengan bayaran kira-kira RM250.

“Saya kata okaylah ‘stop’ (berhenti buka durian) dan dia kata ambillah lagi satu, nanti dia bagi percuma lagi satu. Saya cakap tak nak.

“Apabila timbang (semua durian) dah jadi 14kg. Rupanya campur Musang King dan Udang Merah katanya. Sudahnya sekilo RM28 darab 14kg, jadi RM400. Takkan nak kata tak jadi (beli), nanti dia kata dah potong, tak boleh. Lepas itu bayarlah RM400,” jelasnya.

Dia mendakwa, saiz durian yang dibeli juga kecil dan tidak logik boleh mencapai sehingga 14kg.

“Pandai dia buat waktu bulan Ramadan, orang tak boleh rasa betul ke sedap dan lepas itu naik kereta. Kalau tak sedap, kita bukan boleh kejar balik. Saya pun tak terfikir nak ambil gambar nombor pendaftaran kereta dan penjual itu.

“Sebab dia kejap dan cepat sangat. Saya terus telefon keluarga di Bangi sebab saya kena di Setia Alam. Mereka cakap di Bangi pun sudah ada (jual durian scam), lagilah saya rasa yang saya kena scam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI