fbpx

Cincin hilang masa Diana lahirkan Aurora – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID berharap Diana dapat menerima tawaran pendamaian yang dilakukannya hari ini demi memujuk semula isterinya itu. Foto - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – “Dia yang salah meletakkan cincin itu ketika Aurora dilahirkan di Bangsar menerusi proses ‘water birth’.”

Demikian jawab Farid berhubung dakwaan isterinya Diana Danielle mengenai kehilangan cincin perkahwinannya.

Pelakon filem Anwar: The Untold Story itu mendedahkan cincin tersebut hilang selepas isterinya melalui proses kelahiran anak kedua mereka, Nur Aurora, 8, pada 2015.

Jelas Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, dia bukanlah punca di sebalik kehilangan cincin tersebut.

“Sebenarnya cincin perkahwinan yang saya berikan kepada Diana itu dia yang pakai. Tapi dia yang salah meletakkan cincin itu ketika Aurora dilahirkan di Bangsar menerusi proses ‘water birth’.

“Untuk melakukan proses itu, jam tangan dan barang kemas lebih baik dibuka, jadi Diana buka dan letakkan di dalam beg. Tapi selepas selesai proses bersalin, kami nak balik dan cari cincin itu tidak jumpa.

“Saya juga cuba mencari dan akibat dia tidak jumpa cincin itu, dia menangis dan bersedih. Untuk menghalang dia dari terus bersedih selepas menyambut kelahiran bayi kedua kami, saya katakan yang cincin itu bukan penting, kita boleh beli tapi kegembiraan pada masa itu, kita tidak akan boleh beli.

“Saya tak sangka benda itu boleh jadi perkara besar dan saya berjanji akan cari yang baharu dan alhamdulillah dari hilang satu cincin, saya sudah menggantikan enam untuk dia,” katanya.

Farid berharap tawaran perdamaian yang dibuat oleh Diana dengan memberikan aset dan barang kemas termasuk cincin tersebut, boleh diterima dengan baik oleh isterinya.

“Pendamaian pertama saya bawa satu cincin dan bunga, hari ini saya bawa enam bentuk cincin dan dua utas rantai. Sepatutnya saya bawa barang kemas ini semua ke Mahkamah Subang Bestari, tempoh hari di mana saya turut membawa bunga dan cincin. Cuma saya tak boleh bawa sebab banyak.

“Buat masa sekarang saya berharap dia berlembut hati menerima benda ini sebab buat masa sekarang ini sajalah yang saya mampu berikan.

“Saya harap dia boleh terima dan ampunkanlah segala kesalahan saya. Apa sangkaan mereka terhadap saya, saya mohon maaf. Saya harap dia maafkanlah dan janganlah pisahkan saya dengan anak-anak dan isteri saya,” katanya sambil mengesat air mata.

Farid berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, dari jam 11.45 pagi sehingga 1 petang tadi.

Pelakon itu turut ditemani peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan.

Terdahulu, Farid membawa sejambak bunga dan sebentuk cincin untuk diberikan kepada isterinya, Diana Danielle pada proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan krisis rumah tangga mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 28 Mac lalu.

Cincin tersebut dikatakan hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11. Bagaimanapun, Diana ketika ditanya mengenai cincin tersebut berkata, hadiah itu adalah cincin yang pernah dihilangkan oleh Farid, sejak lapan tahun yang lalu.

“Cincin yang dia nak bagi tadi sudah dia hilangkan selama lapan tahun, tapi baru hari ini dia nak beri semula cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI