HAMPIR dua tahun berkahwin pada 2021, impian Euna Kim untuk mempunyai anak akhirnya tercapai apabila hamil anak pertama.
Selebtiti yang sebelum kini aktif bersama The Ark mengumumkan berita gembira tersebut dalam Instagramnya.
“Rasanya seperti baru semalam saya berkahwin tetapi rupa-rupanya hampir satu tahun setengah. Masa berlalu dengan pantas.
“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang penyayang dan Tuhan mengurniakan kami dengan anak pertama yang akan hadir dalam dunia dalam masa tiga bulan lagi.
“Meskipun kami berdua mempunyai kekurangan, kami berharap dapat belajar selangkah demi selangkah sepanjang perjalanan dan mewujudkan keluarga penyayang,” kata penyanyi berusia 29 tahun itu.
Dalam kapsyen hantaran Instagram tersebut, Euna turut memaklumkan nama anaknya ialah Reuel walaupun usia kehamilannya baru 27 minggu.