fbpx

Anak sayu jumpa bapa selepas 13 tahun ‘terpisah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keluarga Huda akhirnya bersatu selepas 13 tahun menanti.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah sedih mengenai detik-detik dia bertemu dengan ayahnya selepas 13 tahun menanti.

Menerusi sebuah perkongsian Hudaamy di akaun TikTok miliknya, wanita dikenali sebagai Huda itu hadir menjemput ayahnya di Penjara Kajang ditemani beberapa ahli keluarga lain.

“Akhirnya, hari yang dinantikan selama ni tiba. Rasa macam masih dalam mimpi,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, ayah Hudaamy dilihat gembira dan sebak melihat ahli keluarga yang menanti kepulangannya.

Bagaimanapun, momen bahagia itu tidak dapat dikongsi bersama ibu mereka kerana dia telah menghembuskan nafas terakhir lima tahun yang lalu.

“Ibu dah tinggalkan kami lima tahun. Hati abah sedih sebab keluar-keluar ibu dah tak ada. Ibu tunggu di syurga,” katanya.

Seorang petugas Penjara Kajang berkongsi pengalaman menjaga lelaki terbabit dan menyifatkannya sebagai seorang yang baik.

“Ya Allah, kenangan jaga ayah awak sebab dia baik sangat. Cakap dekat dia Cikgu Luqman kirim salam,” kata Luqman Mahat.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan bangga dengan didikan ibu mereka yang mengajar supaya tetap menghormati ayah mereka walau bagaimana keadaannya.

“Arwah ibu awak seorang wanita yang hebat. Mendidik anak-anaknya, diajar tidak membenci ayahnya. Semoga berbahagia selalu,” ujar Cik Deandra.

“Jangan dihitung salahnya di dunia. Boleh jadi pengakhirannya lebih baik daripada kita semua. Semoga sihat selalu ye abah. Abah bertuah ada keluarga yang baik,” kata Sabyna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI