fbpx

Akta khusus mungkin dibentuk tawar khidmat bantuan guaman rakyat miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka mewujudkan satu akta khusus yang dapat menawarkan perkhidmatan bantuan guaman percuma kepada rakyat miskin yang terlibat dalam kes jenayah.

Perkara itu antara dibayangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, beberapa sesi bakal dianjurkan pihaknya termasuk Program Libat Urus Bantuan Guaman Bagi Kes Jenayah di Malaysia yang berlangsung bermula hari ini sehingga esok.

“Antara objektifnya ialah meneliti keperluan penggubalan Akta Pembelaan Awam dan syor bagi mewujudkan Pejabat Pembelaan Awam kepada rakyat yang memerlukan.

“Usaha terbaharu itu dijangka mampu menambah baik selain dapat mereformasikan perkhidmatan bantuan guaman kes jenayah di negara ini,” katanya.

Katanya, sesi-sesi libat urus itu diharapkan mampu mengumpul segala input dan pandangan peserta mengenai beberapa persoalan dasar yang berkaitan isu itu.

“Ini termasuk daripada segi kesesuaian dibentuk akta khusus, tahap kesediaan penggubalan, keterbatasan, kebaikan, cabaran pelaksanaan dan mengenal pasti keperluan.

“Apabila akta itu dibentuk, maka Pejabat Pembelaan Awam perlu diwujudkan agar sistem efektif perkhidmatan bantuan guaman kepada rakyat miskin dapat dipastikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI