fbpx

4,320 naskhah dan bahan al-Quran mengelirukan dirampas sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Yusaimi (tiga dari kiri) menunjukkan sebahagian bahan al-Quran meragukan pada sidang akhbar di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah merampas 4,320 naskhah dan bahan al-Quran tanpa perakuan di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, nilai rampasan menerusi Op. Mulia itu dianggarkan bernilai RM250,000.

Beliau berkata, naskhah dan bahan al-Quran tersebut dipercayai dicetak dan dibawa masuk dari negara jiran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran KDN.

“Op. Mulia bertujuan membanteras pengedaran dan penjualan al-Quran serta bahan al-Quran tanpa perakuan yang menyalahi Akta Percetakan Teks al-Quran 1986.

“Modus operandi premis yang diperiksa adalah mereka mengedar dan menjual al-Quran termasuk al-Quran digital sebagai sumber pendapatan utama secara fizikal serta melalui online,” katanya di sini hari ini.

Nik Yusaimi berkata, naskhah dan bahan al-Quran di pasaran yang tiada kelulusan ini tidak mendapat semakan pakar.

Tambah beliau, amalan membaca naskah al-Quran tanpa kelulusan dibimbangi boleh mengelirukan masyarakat berkaitan, sebutan, bacaan dan maksud yang tidak tepat.

“Saya seru orang ramai menyemak hologram KDN terlebih dahulu pada naskah tersebut sebelum membeli al-Quran,” katanya. -.KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI