fbpx

1,500 peneroka Yahudi ceroboh Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan peneroka Yahudi menceroboh masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa sambil diiringi oleh Israel pada 9 April lalu. – Anadolu Agency

BAITULMUQADDIS – Lebih 1,500 peneroka haram Yahudi merempuh masuk ke pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur ketika cuti Passover yang disambut hingga esok (12 April), lapor laman berita Middle East Monito.

Jabatan Wakaf Islam di Baitulmuqaddis dalam satu kenyataan berkata, seramai 1,532 peneroka haram Israel menceroboh  kawasan tersebut.

Mereka bergerak dalam 21 kumpulan dengan diiringi polis Israel.

Sebelum itu, pihak berkuasa Israel menghalang penduduk Palestin yang berumur bawah 50 tahun daripada memasuki Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat, kata beberapa saksi kepada agensi berita Anadolu.

Tambahnya, anggota polis turut dikerah di pekarangan masjid  itu  sebelum mereka membenarkan kumpulan peneroka Yahudi merempuh masuk menerusi Pagar Mughrabi di bahagian dinding barat Al-Aqsa.

Polis rejim Zionis turut menghalau sebilangan jemaah Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa ketika peneroka Israel memasuki kawasan tersebut.

Ketegangan semakin meningkat di seluruh wilayah Palestin selepas polis Israel menceroboh masuk ke kompleks Masjid Al-Aqsa dan mengusir jemaah yang sedang bersolat secara paksaan minggu lalu.

Tindakan biadab rejim Zionis itu dibalas dengan serangan roket dari Semenanjung Gaza dan Lebanon yang mencetuskan  serangan udara  tentera Israel.

Masjid Al-Aqsa merupakan lokasi ketiga paling suci bagi umat Islam,  manakala bagi penganut Yahudi, mereka menggelarnya sebagai Temple Mount yang didakwa menjadi tapak dua kuil purba bangsa Yahudi. – Agensi 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI