fbpx

11 warga Indonesia disyaki merompak, cuba masuk ke negara lalu jalan tikus dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA PATI yang berjaya ditahan di kedudukan 5.4 batu nautika tenggara Tanjung Setapa Ahad lalu.

KOTA TINGGI – Enam lelaki warganegara Indonesia berjaya ditahan selepas disyaki merompak sebuah bot kayu sarat dengan muatan besi buruk di kedudukan 3.7 tenggara Tanjung Setapa di sini semalam.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Aduan telah diterima oleh Zon Maritim Tanjung Sedili daripada nakhoda bot tunda TARGET 10 yang membawa muatan besi buruk dalam perjalanan ke Pulau Pinang yang memaklumkan tongkang mereka telah dihimpit beberapa buah bot dan dinaiki oleh beberapa suspek dipercayai untuk mencuri.

“Bertindak atas aduan, aset Maritim Malaysia segera ke lokasi dan berjaya memintas sebuah bot kayu sarat dengan muatan besi buruk yang dicuri bersama dengan enam suspek lelaki warga Indonesia berumur antara 23 hingga 51 tahun.

“Kesemua mereka ditahan dan kes akan disiasat di bawah seksyen 380 dan 445 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta pecah masuk. Jika didapati bersalah, boleh dipenjara tidak lebih sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Najib berkata, pihaknya juga berjaya mematahkan cubaan masuk lima pendatang asing tanpa izin (PATI) pada Ahad lalu.

Katanya, hasil dari maklumat Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) telah berjaya mengesan kontek curiga dari perairan Indonesia.

“Aset Maritim Malaysia yang sedang beroperasi segera diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan bot kayu tersebut di kedudukan 5.4 batu nautika tenggara Tanjung Setapa pada pukul 10.40 malam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot kayu tanpa nombor pendaftaran itu membawa seramai lima lelaki warga Indonesia berumur antara 29 hingga 47 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki PATI.

“Bot dan PATI seterusnya ditahan dan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 iaitu cuba keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan serta menjalankan penyeludupan migran,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua jenayah itu berjaya ditumpaskan sempena operasi khas Aidilfitri yang dilancarkan sejak Sabtu lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI