fbpx

Uqasha kongsi foto Kamal, syukur kembali sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Kamal yang kembali sihat selepas insiden diserang sehingga cedera teruk di Singapura melegakan hati ramai peminat.

PETALING JAYA – Selepas hampir sebulan, aktres popular Uqasha Senrose menuai perhatian ramai apabila berkongsi foto terkini bersama suami tercinta, Kamal Adli selepas melalui insiden diserang di sebuah ekspo di Singapura pada bulan lalu.

Menerusi foto yang dimuat naik pelakon itu dalam Instagram miliknya, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen bersyukur dengan doa yang dititipkan orang ramai untuk kesihatan suaminya.

“Alhamdulilah untuk semua doa.

“Kamal kuat, syukur ke atas-Mu Ya Allah SWT,” kata pelakon berusia 30 tahun berkenaan dalam ruangan kapsyen.

Sementara itu dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Instagramnya bersyukur melihat pasangan tersebut kembali bersatu setelah mengharungi episod hitam tempoh hari.

“Alhamdulillah, Kamal kuat dan semakin sembuh. Semoga Tuhan lindungi kalian berdua.

“Berseri-seri wajah Uqasha apabila suami berada di sisi. Harap dijauhkan daripada sebarang kejahatan,” komen netizen.

Pada 13 Mac lalu, Uqasha mengesahkan Kamal diserang oleh lelaki tidak dikenali sehingga mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan perlu menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.

Pelbagai spekulasi tercetus daripada insiden berdarah tersebut termasuk dakwaan suspek cemburu dengan Kamal kerana mengahwini Uqasha.

Baru-baru ini, mahkamah Singapura juga menetapkan suspek yang terlibat tidak dibenarkan diikat jamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI