fbpx

Suami rantai isteri selama 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan Xiaohuamei ditemui dalam keadaan dirinya dirantai di sebuah pondok buruk tanpa pintu. – Douyin

BEIJING – Sebuah mahkamah di China menjatuhi hukuman penjara terhadap enam individu berhubung satu kes pemerdagangan manusia berprofil tinggi di mana seorang wanita ditemui dalam keadaan dirantai di sebuah perkampungan terpencil pada  tahun lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Mangsa bernama Xiaohuamei, manakala suaminya  yang dikenali sebagai Dong, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana menyeksa, mendera dan menjadikan wanita itu sebagai tahanan. Lima tertuduh lain dihukum penjara antara lapan tahun hingga 13 tahun.

Penderitaan Xiaohuamei mendapat perhatian  orang ramai pada Januari 2022 apabila seorang pesohor blog video menemui wanita tersebut di sebuah pondok buruk di luar rumah keluargnya di Xuzhou, wilayah Jiangsu.

Dia ditemui dalam keadaan rantai besi dililit pada lehernya.

Video tersebut menjadi tular dan mencetuskan kebimbangan kes pemerdagangan manusia.

Xiaohuamei yang dikatakan berusia dalam lingkungan 40-an,  dilaporkan mempunyai lapan anak dan ditemui dalam keadaan keliru dan mentalnya tidak stabil.

Perbicaraan di mahkamah menyebut bahawa Xiaohuamei ketika remaja telah diculik daripada rumahnya di wilayah Yunnan pada tahun 1998 dan dijual kepada seorang petani di wilayah Donghai pada harga 5,000 yuan (RM3,205).

Setahun kemudian, dia sekali lagi dijual kepada lebih ramai pengedar di mana kali ini sepasang suami isteri, menguruskan penjualan wanita tersebut kepada bapa Dong.

Dong dikatakan memaksa Xiaohuamei melahirkan lapan anak dan ketika dia melahirkan anak ketiga, keadaan skizofrenia yang dialaminya semakin buruk. Ia menyebabkan lelaki itu semakin agresif menderanya.

Pada 2017, dia menempatkan wanita itu di dalam sebuah pondok di luar rumah keluarganya, di mana Xiaohuamei diikat dengan tali kain dan rantai. Pondok itu juga tiada bekalan elektrik atau lampu selain wanita itu sering dibiarkan kelaparan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI