fbpx

Scammer minta derma anak sakit didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya Lakshmi selepas pertuduhan di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini

SHAH ALAM – Tindakan seorang wanita warga emas yang melakukan penipuan sumbangan untuk anaknya yang mengidap kanser menerusi aplikasi TikTok membawa padah apabila didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

V. Vijaya Lakshmi, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Vijaya Lakshmi didakwa dengan curang menyalahgunakan sesuatu harta iaitu wang bernilai RM100 milik seorang wanita berusia 27 tahun yang dipindahkan ke akaun miliknya yang dilakukan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada 21 Mac lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda, sekiranya disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 bersama seorang penjamin.

Bagaimanapun, Peguam Mohd. Safwan Saleh mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan susulan anak guamnya dan suami tidak bekerja selain dikatakan mempunyai seorang anak Orang Kelainan upaya (OKU).

Mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 bersama seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 7 Jun depan.

Terdahulu, penipuan wanita bersama anak lelakinya berusia 28 tahun memohon sumbangan atau derma untuk ‘anak perempuan’ berusia 33 tahun yang kononnya sedang menerima rawatan kanser di India, melalui media sosial terbongkar apabila ditahan polis.

Polis juga menemui wang tunai RM110,011 daripada seorang individu yang sepatutnya dihantar melalui perkhidmatan kiriman wang haram ke India dan RM268,000 lagi dalam salah satu akaun bank wanita dipercayai daripada sumbangan orang ramai.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI