fbpx

Surau tiada, penduduk solat di kawasan lapang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk solat secara berjemaah selepas berbuka puasa di kawasan lapang Taman Nada Seruni, Kuala Pilah kelmarin.

KUALA PILAH – Penduduk di Taman Nada Seruni, Juasseh di sini, merayu sumbangan daripada orang ramai serta dermawan bagi membolehkan mereka membina sebuah surau di kawasan tersebut.

Penaung Persatuan Komuniti Taman Nada Seruni, Azmi Mohd Yassin, 52, berkata, penduduk tidak mempunyai dan yang mencukupi untuk memulakan pembinaan surau walaupun taman itu dibuka sejak setahun lalu.

“Kami harap ada dermawan yang sudi menginfakkan harta mereka bagi membina surau seperti yang dilakukan kepada taman-taman lain.

“Penduduk terdiri daripada pelbagai latar belakang bersedia untuk membangunkan komuniti Islam di sini. Besar hajat kami pada bulan mulia ini ada hartawan yang sudi menderma,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan, Mohd. Zaki Ali Esah, 37, berkata, walaupun ketiadaan surau, kira-kira 100 penduduk sepakat berbuka puasa di kawasan lapang di situ.

“Di sini ada 150 buah rumah dan rata-ratanya adalah Islam. Pemaju ada sediakan tapak surau tetapi dan untuk membinanya masih belum mencukupi,” katanya.

Menurut Mohd. Zaki, masjid terletak kira-kira 1.5 kilometer tetapi dengan adanya surau di taman itu akan lebih memudahkan penduduk solat berjemaah kerana ia lebih dekat.

Tambahnya, penduduk turut memasang sehingga 100 pelita bagi memeriahkan Ramadan dan kedatangan malam tujuh likur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI