fbpx

Pelesit rempit masuk jerat lepas kantoi larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja yang ditahan polis, malam semalam.

BALIK PULAU – Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri selepas terbabas dan merempuh sebuah kenderaan dipercayai ketika memulakan aktiviti lumba haram di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Dr. Awang, di sini, pagi semalam akhirnya tersungkur.

Lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 19 tahun itu diberkas dalam satu operasi khas yang dijalankan Task Force Bahagian Siasatan Penyiasatan Trafik Daerah (BSPTD) Barat Daya, malam semalam.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat (IPD BD), terkesan satu video kemalangan berpunca daripada aktiviti samseng jalanan di lokasi berhampiran Spice Arena, semalam.

Operasi tersebut diketuai oleh seorang pegawai dan empat anggota bagi mengesan penunggang motosikal yang terlibat.

“Hasil operasi tersebut, seorang lelaki berusia 19 tahun telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Bayan Lepas serta direman satu hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang penunggang motosikal dikatakan tidak sedarkan diri sebelum beberapa minit dia menghilangkan diri dalam kemalangan kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama beberapa pelesit rempit atau lebih dikenali dengan gelaran ‘anak antoo Penang’ mahu memulakan perlumbaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI