fbpx

Luahan pembaca: Henti harap KWSP, belajar urus wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli KWSP yang layak kini boleh membuat pinjaman bank bermula 7 April lalu. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG, 

Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) penting untuk kegunaan selepas bersara. Kita tidak tahu selama mana kita akan hidup selepas bersara nanti. Apabila usia meningkat, lebih banyak wang yang diperlukan dalam kehidupan kita.

Oleh demikian, adalah penting supaya orang ramai memiliki simpanan wang untuk waktu kecemasan supaya mereka tidak terlalu bergantung harap kepada KWSP.

Orang ramai perlu menyimpan wang untuk kegunaan waktu kecemasan. Walaupun dilihat sukar dan membebankan, setiap orang perlu menyimpan sedikit wang bagi digunakan ketika ia diperlukan di waktu kecemasan.

Orang ramai perlu belajar pengurusan kewangan bagi mengurus kewangan harian mereka. Amalan berjimat-cermat perlu diamalkan dalam kehidupan seharian bagi memastikan terdapat lebihan wang untuk disimpan dan digunakan ketika waktu kecemasan.

Terpulang pada diri individu masing-masing sebanyak mana yang mereka ingin simpan wang mereka untuk kegunaan waktu kecemasan.

Walaupun wang dijimat dan disimpan adalah sedikit, namun sekiranya ia dilakukan setiap masa dan dengan secara konsisten, wang yang berjaya dijimat dan disimpan berkenaan akan menjadi banyak.

Bak kata pepatah lama, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Sikap menyimpan wang untuk kegunaan waktu kecemasan perlu disemai di waktu kecil lagi.

Kanak-kanak harus dilatih dari awal untuk menabung, mengamalkan sikap berjimat-cermat serta tidak membazir supaya mereka tidak menjadi kelam kabut dari aspek kewangan apabila mereka dewasa kelak.

PROF. MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI