fbpx

Kerajaan tidak campur tangan pendakwaan bekas Menteri Besar Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan.

IPOH – Kerajaan tidak pernah campur tangan berhubung urusan mahupun pendakwaan di mahkamah termasuk pendakwaan yang sedang dihadapi Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendakwaan itu berlaku susulan tindakan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang menyiasat perkara berkenaan.

“Yang paling akhir (penyelewengan), mantan Menteri Besar Perlis. Bukan saya yang buat laporan kepada SPRM atau polis.

“Sebaliknya saya bagi arahan kerajaan sekarang ini, saya hendak selamatkan negara kita daripada pemimpin-pemimpin yang kayakan diri dengan merompak harta kekayaan negeri, itu tekad saya,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 orang ketika hadir dalam Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib di Masjid Ittihadiah, Manjoi, di sini.

Menurut Anwar, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dengan penyelewengan termasuk rasuah.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak gentar dalam berdepan dengan mana-mana pihak yang mahu menentangnya dalam usaha melawan penyelewengan dan rasuah.

“Susah senang saya hadapi. Kalau orang nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan tetapi saya tidak akan tolak ansur daripada bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa serta negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara.

“Saya arah SPRM apa? Ambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah terutamanya setelah kita bagi amaran, dibuatnya juga.

“Ini termasuk dengan pimpinan yang ada dalam kerajaan. Baik dalam kalangan menteri di kabinet atau pimpinan di kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan tunai daripada Yayasan Insaf dan G Capital kepada 200 anak-anak yatim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI