fbpx

Kanak-kanak tujuh tahun rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat kanak-kanak ditemui dalam keadaan rentung akibat kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Air Itam pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Air Itam di sini semalam.

Mangsa, G. Sri Laavanya disahkan maut akibat terperangkap di dalam rumahnya yang musnah akibat kebakaran kira-kira pukul 11 malam tadi.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.19 malam.

”Seramai 19 orang anggota termasuk penyelia dan ketua balai dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja maklumat mengenai kebakaran ini diterima.

”Apabila pihak bomba tiba di tempat kejadian didapati terdapat kebakaran melibatkan dua buah rumah di mana anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 80 peratus pada rumah pertama dan 50 peratus pada rumah bersebelahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, menerusi maklumat awal yang diterima oleh orang awam, terdapat seorang mangsa kanak-kanak yang terperangkap di dalam rumah.

”Komander Operasi membuat ‘size up’ di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman.

“Mangsa ditemui dalam keadaan rentung pada pukul 12.33 pagi. Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa dari lokasi kebakaran dilakukan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Kebakaran dapat dikawal pada pukul 12.45 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.55 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI