PETALING JAYA – Keterujaan seorang lelaki yang datang ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Tar) untuk membeli-belah sempena syawal tidak bertahan lama selepas melihat sendiri keadaan Jalan Tar yang sesak.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @Fazrul Azren, dia datang ke jalan (Tar) untuk membeli barang raya, tapi malang sekali, bazar Aildilfitri itu terlalu sesak dan padat untuk berjalan.
Dalam video tersebut, kelihatan dia sedang berjalan dan bersesak-sesak di bazar tumpuan orang ramai itu namun tidak sampai 10 minit, rambutnya sudah bertukar serabai dan tidak berdaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat reaksi lelaki terbabit dan sempat berseloroh mengenainya.
“Rasa macam nak pergi berperang masa ‘shopping’. Gagahkan diri hadap demi nak beli baju untuk orang tersayang. Kalau untuk diri sendiri memang tak sanggup nak hadap,” komen Aida Abdullah.
“Ingatkan kereta je ‘jammed’. Jalan kaki pun boleh ‘jammed’. Seloroh Yati Hayati.
“Dah rasa tahun lepas, nak ‘shopping’ jalan Tar punya pasal. Sanggup hadap ‘jammed’ jalan jalan kaki,” komen Nadhirah Nordina.
Video itu menjadi tular di aplikasi TikTok sehingga meraih 16,700 tanda suka, 1,501 komen dan 2,411 perkongsian. -KOSMO! ONLINE