fbpx

Isteri meninggal dunia selepas 3 minggu bernikah di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eko berkahwin dengan Alfi pada 23 Februari lalu sebelum wanita itu meninggal dunia pada 13 Mac. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia berkongsi kisah sedih dia sempat bernikah dengan isterinya ketika wanita itu terlantar  di katil hospital sebelum meninggal dunia kira-kira tiga minggu kemudian, lapor laman berita Merdeka kelmarin.

Menurut lelaki itu yang dikenali sebagai Eko, isterinya meninggal dunia pada 13 Mac 2023 selepas mereka berkahwin pada 23 Februari lalu.

Berdasarkan video yang tular di laman TikTok, Eko berkongsi gambar pernikahan dia dan isterinya, Alfi. 

Wanita berkenaan dikatakan menghidap keadaan Systemic Lupus Erythematosus (SLE) iaitu sejenis penyakit autoimun kronik yang menimbulkan keradangan pada anggota dan organ badan seperti sendi, kulit, buah pinggang dan otak.

Ketika majlis pernikahan tersebut, Eko dilihat menangis di samping Alfi semasa mereka dinikahkan dan membaca doa kesyukuran.

Video pasangan tersebut mendapat perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen yang mengharukan.

“Kuasa cinta. Cinta hingga ke akhir hayat. Tetap kuat dan tabah,” kata seorang pengguna media sosial. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI