fbpx

Hasrat Harimau Malaya tentang Jepun tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU MALAYA masih memiliki tiga pilihan pasukan untuk dihadapi selepas impian menentang Jepun tidak kesampaian. – FB FAM

HARAPAN penyokong bola sepak negara untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya menentang Jepun pada aksi persahabatan antarabangsa September depan tidak menjadi rea­liti selepas skuad Samurai Biru itu mempunyai komitmen lain.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon sebelum ini memberi bayangan bakal menentang jaguh No. 1 be­nua Asia itu pada bulan September dengan dengan venue perlawanan dijangka di tempat lawan.

Namun, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan aksi bertemu Jepun terpaksa dilupakan dengan tumpuan kini terarah kepada tiga negara, China, Taiwan dan Kuwait.

Kata Hamidin, kemungkinan besar skuad Harimau Malaya akan menentang China dan Taiwan memandangkan kedua-dua negara itu berada di zon berhampiran, tetapi badan induk bola sepak negara itu turut mendapat pelawaan daripada Kuwait baru-baru ini.

“Kita sepatutnya menentang Jepun, tetapi mereka ada komitmen lain dan kita sudah ada pa­sukan lawan yang akan ditentang pada September nanti, mungkin kemudian kita akan jumpa (dengan Jepun). Pan-gon akan melihat peluang itu selepas November.

“Sepatutnya selepas November sudah perlu lawan dengan pasukan lebih besar seperti Jepun atau Korea Selatan sebagai persiapan sebelum ke Doha (Piala Asia 2023).

“Apa yang pasti, untuk kalendar bulan September kita sudah ada tiga pasukan dan biarlah Pan-gon buat keputusan. Kalau saya, kita boleh bertemu Taiwan dan China kerana pasukan akan menempuh jarak perjalanan jauh jika ke Kuwait,” katanya.

Skuad negara kini berada dalam fasa persiapan sebelum mengharung kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar selepas layak secara merit buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun.

Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, tetapi menjadi pasukan belasahan sekali gus terkandas di peringkat kumpulan.

Selepas merekodkan kemenangan ke atas Hong Kong dan Turkmenistan bulan lalu, skuad negara yang kini menduduki ranking ke-138 dunia akan menentang Kepulauan Solomon dan Yemen pada aksi antarabangsa, Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI