fbpx

Gelandangan disangka tahanan lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki gelandangan yang berpakaian menyerupai baju lokap ketika berjalan di kawasan Bumiko, Miri, hari ini.

MIRI: Disangka tahanan melarikan diri dari lokap, rupa-rupanya hanya gelandangan.

Itu situasi yang berlaku di sini, hari ini apabila orang ramai cemas dengan kelibat seorang lelaki yang berkeliaran dengan memakai baju berwarna jingga menyerupai baju lokap.

Malah, gambar lelaki itu berjalan di kawasan Bumiko, di sini, turut tular di media sosial sehingga mendapat perhatian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Justeru, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata ekoran gambar itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri telah membuat pemeriksaan ke atas lelaki terbabit dan turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu merupakan seorang gelandangan yang berkeliaran di sekitar kawasan bandar Miri dan dapati tiada sebarang kesalahan jenayah dikesan ke atasnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI