fbpx

EPL: Haaland sehebat Ronaldo, Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menambah dua lagi koleksi golnya musim ini apabila membantu City membenam cabaran Southampton awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya Erling Haaland kini sudah mencapai kehebatan se­perti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai penyerang tulen selepas meledak gol peribadi ke-44 musim ini.

Haaland, 23, menyumbat dua gol termasuk menjaringkannya menerusi tendangan akrobatik ketika membantu City menewaskan Southampton 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St. Mary awal pagi semalam.

Ia menyaksikan bintang Nor­way itu mengumpul 44 gol dalam semua kejohanan untuk semusim dan menyamai penca­paian yang pernah dilakukan Ruud Van Nistelrooy bersama Manchester Uni­ted pada 2002/2003 dan Mohamed­ Salah di Liverpool (2017/2018).

“Gol keduanya sangat menakjubkan. Ia bukan mudah untuk mengambil bola di udara dan meletakkannya ke dalam gawang lawan.

“Bakatnya luar biasa dan kami sememangnya memerlukannya. Aksi kami di babak pertama tidak begitu bagus, tetapi dia mengubah perlawanan ini.

“Kita hidup dalam dua dekad yang hebat bersama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, te­tapi dia kini berada pada tahap mereka berdua. Dia menjaringkan ba­nyak gol dan akan terus menambah koleksinya,” kata Guardiola.

Dua lagi gol City dalam perlawanan itu diperoleh menerusi Jack Grealish dan Julian Alvarez, manakala jaringan tunggal Southampton dihasilkan oleh Sekou Mara.

Selain Haaland, perancang City, Kevin De Bruyne muncul pemain kelima mencetak 100 umpanan gol dalam kempen EPL mengikut jejak Cesc Fabregas, Ryan Giggs, Wayne Rooney dan Frank Lampard.

Menariknya, De Bruyne adalah pemain terpantas merekodkan jumlah itu dalam 237 penampilan EPL, memintas Fabregas yang sebelum ini melakukannya selepas beraksi sebanyak 293 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI