fbpx

Didakwa ugut bunuh bekas isteri kerana berebut rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku tidak bersalah melakukan ugutan bunuh terhadap bekas isterinya di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang pekerja dobi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh bekas isterinya kerana berebut hak milik rumah, awal bulan lalu.

Tertuduh P. Chandramohgan, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menakutkan bekas isterinya S. Wairavi, 44, dengan ugutan untuk membunuhnya kerana mangsa enggan menandatangani surat perjanjian pertukaran hak milik rumah.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Mas Merah Jaya dalam daerah Melaka Tengah pada 1 Mac 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan terhadap tertuduh berserta syarat tambahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah itu diringankan dengan alasan dia hanya mempunyai wang sejumlah RM2,000 untuk jaminan, selain menanggung empat orang anak dan bekerja di kedai dobi.

Selepas mendengar rayuan kedua belah, Sharda bersetuju membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tidak boleh mendekati atau mengganggu mangsa dalam apa jua cara.

Beliau kemudian menetapkan tarikh 17 Mei ini sebagai sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI