fbpx

Berbuka puasa di jalanan jadi acara hujung minggu di PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai yang menyertai program Street Iftar - Under The Stars Bersama Rakan Strategik MPPD di Laluan Jalan Pasar dan Jalan Baharu, Bandar Port Dickson, semalam. foto - MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KSOMO!

PORT DICKSON – Program berbuka puasa jalanan yang dianjurkan pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) boleh dirancang sebagai program hujung setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, lebih menarik, program itu juga boleh diadakan dengan konsep juadah bawaan (pot luck) daripada mereka yang hadir selain pihak yang mahu memberikan sumbangan makanan.

“Bermula tahun akan datang kami merancang dan berhasrat supaya pengunjung turut membawa sendiri makanan dengan konsep pot luck. Saya jangka ia akan dapat sambutan baik.

“Jika ada mana-mana pihak yang mahu menyumbang dan menderma makanan untuk majlis berbuka juga boleh dihantar ke sini. Pengunjung juga kemudiannya bersama-sama boleh bersolat dan bertarawih.

“Program seperti ini saya lihat dapat meraikan kepelbagaian masyarakat namun apa yang penting mereka memahami apa sebenarnya penghayatan di sebalik bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke program Street Iftar-Under The Stars Bersama Rakan Strategik MPPD di Laluan Jalan Pasar dan Jalan Baharu, Bandar Port Dickson di sini semalam.

Seramai 600 orang hadir pada program yang merupakan penganjuran kali kedua selepas kali pertama pada tahun lalu yang turut diadakan di lokasi yang sama.

Selain berbuka puasa turut diadakan pada program berkenaan adalah penyerahan sumbangan dan bantuan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan kakitangan MPPD yang diuji masalah kesihatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI