fbpx

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri diawalkan 14 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju mengawalkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan pada 14 April ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed berkata, perubahan tarikh itu dibuat setelah mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan selain sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

“Kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023.

“Tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya menerusi satu surat edaran, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pemberian BKKA sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak serta RM350 buat pesara kerajaan.

Katanya, bantuan tersebut bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI