fbpx

Bapa rogol anak kandung dipenjara 18 tahun, 13 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak kandung perempuannya, enam tahun lalu. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 13 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandung perempuannya, enam tahun lalu.

Mahkamah menetapkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 April 2023.

Hakim Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah dan rayuan tertuduh serta mengambil kira faktor mangsa sebagai anak kandungnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang berusia 47 tahun didakwa telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ketika kejadian yang mana perhububungan dengannya tidak dibenarkan.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, bapa kepada empat orang anak itu turut berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal ketika mangsa berusia 12 tahun 2 bulan, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di antara 20 Disember 2017 hingga 20 April 2018 di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Bahau, Jempol.

Mengikut fakta kes, mangsa pernah memberitahu ibunya tentang perbuatan keji bapa kandungnya itu selepas berasa sakit di bahagian kemaluan tetapi ibunya tidak percaya.

Pada tahun ini ketika mangsa berusia 17 tahun perkara itu terbongkar apabila dia meluahkan masalah itu kepada rakannya dan kemudian mereka telah memberitahu guru sebelum membuat laporan polis dan tertuduh telah ditahan pada 3 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh mengambil kira tertuduh mempunyai hubungan sebagai bapa kandung yang sepatutnya melindungi mangsa dan perkara itu telah memberi kesan trauma jangka panjang terhadapnya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku salah atas perbuatanya dan kelihatan menangia dalam kandang tertuduh.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI