fbpx

Anak tunggal diramal hanya hidup 6 bulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Riduan dan isteri bersama Nur Amyliana (tengah) yang menghidap sakit saraf tunjang di Kampung Kempas Permatang, Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Pasangan suami isteri di Kampung Kempas Permatang, di sini bakal menyam­but Aidilfitri dalam keadaan sugul apabila anak tunggal mereka disahkan menghidap sakit saraf tunjang.

Lebih memilukan, dalam pemeriksaan kesihatan yang dibuat pada November tahun lalu, doktor memaklumkan anak perempuan mereka itu dijangka mempunyai tempoh hayat berbaki enam bulan sahaja.

Nur Amyliana Mohd. Riduan, 7, kini hanya mampu berbaring dan duduk seketika selepas se­belah badannya lumpuh.

Tubuh badan Nur Amyliana juga sudah tidak dapat lagi menahan rawatan radioterapi yang telah dijalankan sebanyak 30 kali.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd. Riduan Mohamad Nor, 37, berkata, walaupun doktor memberi­tahu anaknya sudah tiada harapan, namun dia masih perlu menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

“Dalam tempoh enam bulan bermula November lalu, doktor berkata Amyliana boleh ‘pergi’ bila-bila masa sahaja, namun bagi saya dan isteri, Norlela Mohd. Yusof, 41, itu hanya ramalan doktor yang juga manusia biasa.

“Kami akan terus berusaha melalui perubatan tradisional, berikhtiar dan bertawakal kerana ajal ditentukan Allah,” katanya di rumahnya, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum dise­rang penyakit itu, anaknya seorang kanak-kanak yang ceria dan bersekolah di Tabika Kemas Denai Utara, di sini.

“Namun apabila diserang penyakit itu, Nur Amyliana tidak lagi dapat berjalan, tangan dan kakinya tidak boleh digerakkan, mata sebelah kiri menjadi juling dan kerap mengadu sakit kepala, tengkuk serta selalu ‘bad mood’.

“Dia juga hanya minum susu khas selain terpaksa menggunakan lampin. Doktor beritahu, tidak ramai orang yang menghidap sakit seperti ini.

“Doktor juga beritahu ada ketumbuhan pada otak anak saya yang terkena saraf,” jelasnya.

Tambahnya, mereka telah menerima bantuan Baitulmal, selain sudah memohon bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beberapa bulan lalu, tetapi belum ada perkembangan.

Orang ramai yang mahu meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Mohd. Riduan di talian 010-7735 106.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI