fbpx

169 peniaga di Kota Bharu gagal patuhi syarat lesen dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa sebuah premis perniagaan di Kota Bharu baru-baru ini. FOTO IHSAN MPKB-BRI

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan kompaun kepada seramai 169 peniaga yang melakukan pelbagai kesalahan lesen sepanjang bulan Mac lalu.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 72 premis didapati tidak memiliki lesen, 51 premis yang beroperasi lesen tamat tempoh dan 46 premis gagal pamer lesen.

“Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 dikenakan kepada pemilik premis tersebut
mengikut Undang-Undang Kecil Iklan MPKB- BRI 2019 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindstrian MPKB- BRI 2019.

“Sebanyak 678 buah premis di kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa diperiksa sebelum kompaun dikeluarkan,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Rosnazli, premis yang tidak mematuhi syarat kesem boleh dikenakan tindakan kompaun, notis selama 14 hari, sitaan premis dan pendakwaan di mahkamah sekiranya masih ingkar.

Katanya, tindakan penguatkuasaan itu bertujuan untuk memastikan peniaga patuh, menjaga keharmonian dan kesejahteraan bandar Kota Bharu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI